13 December 2021

MALUNYA IQBAL, ROSSA KATA TAK KENAL DIA PUN



"Maaf, saya tidak kenal siapa dia. Tetapi, pada hari itu (ketika hadir di acara tayangan perdana filem) memang ada seseorang yang bertemu saya dan perkenalkan dirinya dari Malaysia untuk minta bergambar sama," demikian respon penyanyi terkenal dan juga ahli perniagaan Datuk Seri Rossa, 43, mengenai Ahmad Iqbal Zulkifli, 27, yang cuba mendekatinya.

Malah secara spontan penyanyi itu menjawab yang dia tidak mengenali siapa Iqbal meskipun usahawan itu turut hadir di sidang media secara virtual single terbaharunya berjudul 'Terlalu Berharap'.

Bagaimanapun apabila dimaklumkan Iqbal ada berjumpanya ketika menghadiri tayangan perdana filem Love Knots di Jakarta, Rossa mengakui dia memang ada bertemu seseorang dari Malaysia tetapi hanya bergambar.

Klik untuk gambar besar



"Kalau sekadar mahu kenalan tidak apa-apa. Saya okey saja kerana boleh bersahabat seperti rakan-rakan yang lain juga," tambah Rossa.

Dalam hal ini, mungkin agaknya Rossa masih belum menonton single Iqbal berjudul 'Hujan' lagi tak? Sebab tu lah penyanyi tu tak kenal siapa dia. 😅


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: