13 December 2021

TIADA SIAPA JAGA - NANA HARAP IMPIAN BAWA ANAK TUNAI UMRAH DIPERMUDAHKAN



"Saya bercadang untuk membawa kedua ibu bapa, suami dan anak-anak menunaikan umrah pada Februari tahun depan. Tapi malangnya pihak agensi pelancongan memberitahu yang saya tidak boleh membawa anak-anak bersama kali ini kerana itu adalah prosedur baharu untuk ke Tanah Suci.

"Kalau anak-anak tak boleh dibawa, saya tak tahu nak minta siapa jaga mereka sepanjang saya dan suami tunaikan umrah. Setidaknya kalau mereka boleh dibawa, saya boleh minta mereka duduk saja di bilik hotel," ujar pengacara Nana Mahazan yang berharap impian untuk membawa dua anaknya menunaikan ibadah umrah tahun depan dipermudahkan.

Nana berkata, dia sudah berurusan dengan beberapa agensi pelancongan umrah, bagaimanapun dia dimaklumkan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menunaikan umrah. Menurut Nana, itu bakal menjadi umrah pertamanya jika segala perancangan untuk ke sana dipermudahkan.

"Saya memang teruja nak jejakkan kaki ke Tanah Suci. Ia bakal menjadi pengalaman pertama saya dan suami. Saya anggap apa yang berlaku ini adalah dugaan yang Allah berikan. Saya percaya pasti ada jalan terbaik untuk bawa anak-anak ke sana. Doakan semoga urusan saya dipermudahkan. Saya memang sudah berhajat untuk tunaikan umrah tahun depan," katanya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: