Penyanyi Datuk Fazley Yaakob sering menerima kecaman tidak kiralah ketika di program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) mahupun selepas tersingkir. Pemilik restoran Suka Sucre Bistro ini dikecam teruk oleh netizen di media sosial disebabkan persembahan beliau yang kurang memuaskan GV8.
Namun begitu, penyanyi lagu 'Asmara ini' tetap mengambil hati berhubung perkara tersebut, malah menganggapnya sebagai dorongan untuknya. Beliau sendiri menyedari dan akui persembahannya ketika itu bukanlah yang terbaik serta memohon maaf kepada peminat-peminatnya.
Dek kerana itu, penyanyi, pelakon dan juga bintang GV8, Adibah Noor telah meluahkan rasa kagum terhadap cef selebriti itu membalas komen-komen negatif dari orang ramai mengenai dirinya.
Menerusi sebuah ciapan di Twitter, Adibah berpendapat bahawa Fazley mengubah segala cemuhan serta kecaman yang diterima menjadi kepada aura positif.
Klik untuk gambar besar
"I am amazed by how @FazleyYaakob responds to hate comments n turned them around into positive vibes. People hurt him intentionally without even truly knowing him, and all of a sudden.. everything is in the name of "sporting". I can never do what you did brother. Much respect," tulisnya.
Ciapan Adibah telah mendapat respon Fazley apabila beliau tampil membalas dengan mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Dalam masa sama, beliau turut berkata dirinya sentiasa menjadikan Adibah sebagai idolanya serta alasan untuk sering melakukan yang lebih baik setiap hari.
"Wow Kak Dib.. tq so much for ur kind and supportive words. You have always been so encouraging and positive yourself. You will always be my idol and reason to do better everyday," balasnya.
________________________
No comments:
Post a Comment