13 December 2021

HILANG FOKUS, BANDI AMUK KENA GANGGUAN?: "SAYA TAK BOLEH CERITA BENDA NI..."



"Terus terang saya cakap condition saya 60% je daripada apa yang ada pada Bandi. Sebab ada benda lain yang mengganggu saya punya konsentrasi. Saya sebenarnya tak boleh cerita keluar benda ni, tapi itu salah satu benda yang kacau konsentrasi untuk nak menyanyi.

"Saya mohon maaf pada semua kat luar sana, Bandi sayang anda semua, terima kasih atas doa-doa. Hopefully kalau ada rezeki, minggu depan Bandi ada, saya akan lalukan terbaik," jelas bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Bandi Amuk.

Mengakui persembahannya di konsert minggu keempat malam semalam bukanlah yang terbaik, Bandi berkata, dia hanya memberikan 60 peratus daripada apa yang sepatutnya.

Ini kerana, Bandi mendedahkan dia menerima 'gangguan' ketika membawa lagu 'Satu Kesan Abadi milik' kumpulan Iklim. Tambah Bandi, dia juga memohon maaf sekiranya persembahan minggu keempat telah mengecewakan peminat setianya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: