26 December 2021

SAIFUL APEK SEDIH LIHAT NASIB HAIWAN KETIKA BANJIR, BERHASRAT BUKA SAFARI KUCING



"Saya memang suka kucing, pencinta kucing, sama macam ibu saya. Kalau nak tahu, saya ada impian suatu hari nanti untuk membuka sebuah 'safari kucing' jika diberi kesempatan.

"Ketika negara dilanda musibah banjir, selain menghulurkan bantuan sesama manusia, kita jangan lupa memberikan pertolongan untuk haiwan-haiwan. Mereka juga berhak dibantu. Kita jangan lupa bahawa Rasulullah SAW juga merupakan seorang pencinta haiwan terutamanya kucing.

"Selain melakukan misi bantuan kemanusiaan, ada sesuatu juga yang kita perlu perjuangkan iaitu hak haiwan," itulah kata pelawak, penyanyi dan kini bintang Gegar Vaganza, Saiful Apek yang meluahkan hasratnya untuk membuka sebuah safari kucing suatu hari nanti.

Menurut Saiful Apek, dia merupakan seorang pencinta haiwan terutamanya kucing. Tambahnya, disebabkan rasa cinta terhadap kucing jugalah dia sangat sebak melihat haiwan-haiwan yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Menurut pemilik nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusof ini, dia menyeru orang ramai supaya tidak mengabaikan kebajikan haiwan yang juga memerlukan perhatian dan bantuan.

Dalam perkembangan lain, Saiful Apek bakal muncul dengan filem terbaru berjudul 'Jaga-Jaga Senariounion' terbitan Botak Production Management Sdn Bhd yang dijangka menemui penonton tidak lama lagi menerusi saluran Astro First.

Filem terbaru itu menampilkan kesemua ahli Senariounion (kecuali Lan Pet Pet) serta Syanie, Bobby Kiran, Prono, Amm Raja Lawak, Farisha dan Badrul Shah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: