15 December 2021

SAJAT TIDAK BOLEH LARI... BOLEH DIISYTIHAR BANKRAP & HARTA DI AUSTRALIA BOLEH DISITA - PEGUAM



"Walaupun Sajat berada di luar negara ia tidak bermaksud boleh terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang. Ini berikutan terdapat penghakiman yang sah di Malaysia yang boleh dikuatkuasakan (difailkan semula) di negara-negara Komanwel termasuk di Australia.

"Justeru, segala prosedur yang dilakukan di negara ini juga boleh dilakukan kepadanya di Australia seperti pengisytiharan bankrap, pembekuan akaun dan sita. Jadi dia (Sajat) tidak boleh lari.

"Bagaimanapun, setakat ini saya belum mendapat arahan daripada anak guam untuk ke prosedur tersebut," demikian jelas peguam Nurul Hafidzah Hassan yang berkata, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman masih boleh dikenakan tindakan termasuk pengisytiharan bankrap dan penyitaan hartanya di Australia.

Menerusi laporan Kosmo, Nurul Hafidzah memberitahu, langkah itu akan dilaksanakan sekiranya segala sitaan asetnya di negara ini masih belum mencukupi bagi membayar hutang saman penghakiman RM200,000 kepada OWA Resources.

Hafidzah yang mewakili bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd., berkata, ia boleh dilakukan menerusi prosiding undang-undang iaitu 'Resitrocal' yang boleh digunakan pakai di Australia iaitu sebuah negara di bawah negara-negara Komanwel.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: