09 December 2021

"SAYA TAK PERNAH KELUAR KENYATAAN SERTAI TABLIGH" - JAWAB ZUL ARIFFIN BILA DITEGUR DEDAH AURAT



Pelakon Zul Ariffin sering ditegur tentang penampilannya yang mendedahkan sebahagian auratnya menerusi perkongsian foto di media sosial. Malah, ada yang mengaitkannya dengan tabligh.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 35, sekali lagi menjelaskan kepada umum bahawa dia tidak pernah menyertai jemaah tabligh sebaliknya hanya bergaul dengan golongan pendakwah.

Oleh yang demikian, Zul berharap netizen tidak mengaitkan hal berkenaan dengan aktiviti keagamaan yang disertainya sebelum ini. Begitu juga dengan gaya hidupnya pada ketika ini agar tidak dikaitkan dengan mana-mana pihak.

Klik untuk gambar besar



"Saya tak pernah keluar kenyataan sertai tabligh. Saya hanya bergaul dengan pendakwah. Kepada orang yang komen melampau tu... jika anda boleh beri jaminan esok anda tak akan melakukan kesalahan sila beritahu, saya nak belajar.

"Saya adalah selebriti, kritikan itu umpama 'sarapan' bagi saya... saya akan hadapinya walau apa pun," katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) baru-baru ini.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: