19 December 2021

SEBAK LIHAT MANGSA BANJIR - SITI NURHALIZA TURUN PADANG HULUR BANTUAN



"Ya Allah... Saya tak terkata. Semoga Allah SWT permudahkan dan lindungi mangsa-mangsa banjir ini Ya Allah," itulah kata penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 42, menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya dimana dia kelihatan sebak dan mengakui berdebar apabila terpaksa mengharungi banjir untuk menjalankan misi bantuan di beberapa lokasi kepada penduduk yang terjejas.

Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah mengambil langkah pantas apabila turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Shah Alam, Selangor, hari ini.

"Kita cuba sebaiknya untuk membantu mereka yang terkesan akibat banjir. Saya tengok ramai juga insan-insan serta badan yang prihatin. Kami semua sedang berusaha untuk membantu mangsa banjir. Semoga Allah permudahkan," tambahnya lagi.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Siti berkongsi keberadaannya di salah satu rangkaian pemborong dan peruncit halal untuk membeli barangan keperluan.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: