16 December 2021

"SEMUA TAHU AMY DAH KELUAR SEARCH... TAPI SAYA RALAT PEMINAT BERPECAH" - DIN



"Saya pun tak tahu nak cakap macamana kerana itu hak mereka. Semua orang tahu abang Amy dah keluar Search. Perkara ini kena tanya dia sendiri. Biarlah dia buat kenyataan. Tapi saya ralat kerana peminat sudah berpecah. Pada saya, band berpecah tak apa. Abang Amy yang paling berusia dalam kumpulan patutnya berfikiran lebih matang.

Isu ini kalau ditangani dengan baik dari awal dan cara yang betul tiada masalah sebenarnya," ujar pemain gitar kumpulan Search, Noordin Mohd Taib yang mengakui berlapang dada dengan gabungan Amy bersama Nasir, Hillary dan Man Kidal yang kini dalam pembikinan album terbaharu.

Menurutnya, dia dan adiknya, Kid mendoakan yang terbaik serta menyerahkan kepada peminat samada mahu menyokong siapa. Tambah Noordin atau Din, dia menyerahkan kepada Amy dan anggota lain berkenaan perkara itu.

"Saya akan pakai nama Search kerana tak keluar lagi. Saya akan gunakan dan sampai bila-bila takkan lepaskan Search. Perkara ini berlaku tanpa pergeseran. Apabila ini berlaku saya pun tak boleh jawab. Kami bukan tak kenal sesama sendiri. Kata orang kalau ada masalah boleh bawa berbincang. Kita tengok sajalah. Saya tak boleh buat apa kerana saya masih Search," katanya.

Din berkata, jika ditanya kepada semua peminat pun, mereka akan mengakui dia masih anggota Search sebenar: "Industri kita bukan besar. Sebenarnya nama Search yang besar dan bukan anggotanya. Ini perebutan nama sebenarnya," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: