16 December 2021

NORREEN BENGANG ISU TAK SENGAJA MAKAN BABI 'DIPERLEKEHKAN', SIAP TANYA SEDAP KE TAK



"Semalam termakan babi. Hari ni aku rasa macam nak samak lidah aku berkali kali tahu tak. Malam tadi dah berus gigi beriya. Hari ni kena buat benda sama ni. Korang boleh lagi tanya, macam eh rasa babi tu sedap tak? Hello aku bukannya nak makan sangat pun babi tu. Aku rasa macam sakit hati.

"Duk semua DM tapikan alang-alang dah termakan tu nak tahu jugak sedap tak rasa dia. Aku sepak muka kau nanti sampai muka kau jadi babi tau," kata pelakon dan selebriti media sosial, Norreen yang berkongsikan pengalaman buruk dilaluinya pada hari pertama tiba di London apabila tidak sengaja makan sandwich 'pork belly' atau perut babi.

Dalam pada itu, Norreen meluahkan rasa berang dengan sikap segelintir netizen yang seakan 'memperlekehkannya' dengan bertanyakan bagaimana rasa daging babi tersebut di ruangan DM.

Klik untuk gambar besar



Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Norreen berkata dia membeli sandwich berkenaan kerana sangkakan ianya ham biasa dan tidak tahu ianya daging babi. Katanya dia menyedari ianya mengandungi pork belly selepas melihat kandungan sandwich berkenaan namun telah pun menjamah sedikit.

"Aku beli ni nampak kat situ tulis ham ke apa. Hari pertama saya berada di UK saya termakan babi. Pengajarannya sebelum makan kita tanya orang dulu dan baca di belakang," ujarnya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen menasihatkan Norreen supaya lebih berhati hati dalam memilih makanan ketika berada di negara asing. 


KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: