16 December 2021

PENANTIAN 8 TAHUN BERAKHIR - NOORKHIRIAH SEBAK, LUAH SYUKUR BERJAYA KHATAM AL-QURAN



"Maka berakhir penantian akak selama 8 tahun lebih kurang pukul 9 tadi.. Allah aje yang tahu perasaan akak dik. Dipermudahkan malam ini. Moga Quran yang dah koyak yang akak sayang ni akan jadi saksi kat sana nanti.

"Akak akhirnya khatam al-quran setelah bertahun," demikianlah kata pelakon Noorkhiriah yang meluahkan rasa syukur apabila akhirnya berjaya khatam Al-Quran setelah 8 tahun penantiannya sejak dari tahun 2013.

Pelakon drama 'Nur' ini berkongsikan khabar gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya. Dalam hantaran itu, Noorkhiriah turut berharap Al-Quran miliknya yang sudah terkoyak, akan menjadi saksinya di akhirat kelak.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Noorkhiriah berkata dia telah menyimpan niat untuk khatam Al-Quran sebelum meninggal dunia dan impiannya itu tercapai.

"Syukur.. Itulah niat akak sebelum meninggal akak nak khatam dalam umur sekarang.. Masa sekolah dah tapi dah tua ni.. Inilah kali pertama.. Terima kasih Allah," tulisnya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: