17 December 2021

"TAK V@KS1N TAK BOLEH MASUK RUMAH TUHAN? TAPI TUHAN CAKAP TUTUP AURAT JE" - RITA RUDAINI



"Oooo tak boleh ek kalau tak v@ks1n nak masuk umah TUHAN? Tapi TUHAN saya cakap kalau nak masuk rumah DIA, cuma tutup aurat je. Takde pulak DIA letak syarat pelik," demikian reaksi pelakon Rita Rudaini selepas ramai mempersoalkannya memuat naik gambar menunaikan solat Subuh jemaah di masjid, baru-baru ini.

Bagaimanapun, menerusi entri itu Rita meluahkan rasa sedikit janggal kerana setiap jemaah perlu menjaga jarak satu meter antara satu sama lain. Rita berkata Tuhan tidak letakkan syarat pelik untuk masuk ke rumah-Nya kecuali hanya perlu menutup aurat.

Dalam pada itu, Rita berharap perkara itu tidak lagi menjadi isu serta mengatakan Islam itu adalah agama mudah dan penuh kasih sayang.

"Tuhan bagi awak syarat kena vaksin dulu ke? TUHAN saya takde letak syarat pelik-pelik sebab Tuhan saya MAHA PENYAYANG.. Islam itu mudah dan penuh kasih sayang," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: