17 December 2021

AL-FATIHAH - BAPA LIYANA JASMAY KEMBALI KE RAHMATULLAH



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Liyana Jasmay telah memaklumkan khabar duka apabila bapanya, Datuk Jasmay Md Shah, 68, meninggal dunia akibat kanser paru-paru kira-kira pukul 11.30 pagi Jumaat.

Difahamkan Allahyarham berjuang melawan penyakit itu sejak lebih setahun yang lalu. Dalam entri tersebut, Liyana berkata dia bersyukur apabila diberi kesempatan untuk menemani bapanya saat arwah menghembuskan nafas terakhir

"Syukur kepada Allah kerana izinkan saya bersama bapa ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Saya berpeluang menyentuhnya dan melihat wajahnya. Dia sangat tenang. Bersyukur sangat kerana dia meninggal pada hari Jumaat... saya bersamanya. Syukur Allah," tulisnya di Instagram.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Kemensah, Hulu, Kelang, Selangor. Jenazah arwah disembahyangkan di Masjid Al-Iman Kemensah Height kira-kira pukul 3 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Selangor.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: