17 December 2021

ISTERI MASUK HOSPITAL, PENGSAN DEK TERTEKAN DENGAN KECAMAN - DADDYCAP SALAHKAN DIRI



"Saya benar-benar menyalahkan diri saya untuk semua ini. Sejak berkahwin, isteri saya hilang privasi dan sentiasa dikecam kerana seksi. Mungkin tekanan bergelar isteri saya menyebabkan dirinya jatuh sakit sehingga rebah.

"Jangan kecam dia, kecam saya. Saya yang 'berjihad', yang bina aplikasi untuk ummah, berjuang untuk Palestin dan imam bagi rumah tangga. Jika sesiapa yang gagal, itu saya.

"Lepaskan semuanya pada saya, bukan keluarga saya," demikian tulis penyanyi rap Caprice atau kini mahu dikenali sebagai Daddycap Caprice mengenai isterinya, Farra Inalis yang dimasukkan ke hospital selepas pengsan akibat tertekan dengan kecaman netizen.

Menerusi entri di laman Instagram, Cap mengakui sejak berkahwin sebulan lalu, kehidupan isterinya tiada lagi privasi dan berterusan menerima kecaman daripada orang ramai kerana tampil seksi.

Klik untuk gambar besar



Dalam perkongsian yang sama, Cap turut memohon kepada netizen supaya tidak menyerang isterinya sebaliknya salahkan dirinya kerana baginya dia yang gagal.

Perkongsian Cap itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar isteri penyanyi rap itu diberi kesembuhan dan terus kuat berdepan dengan ujian.

Sementara itu, di ruangan komen Cap dilihat ada membalas komen seorang netizen dimana penyanyi itu mengatakan isterinya dikecam kerana dirinya. Ujarnya, banyak sahaja wanita seksi di TikTok, namun hanya kerana isterinya berkahwin dengan Tiger of Al-Quds dikecam teruk.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: