Pelakon Rozita Che Wan bersama suami, Zain Saidin baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-8 perkahwinan mereka. Sekitar sambutan majlis tersebut telah dikongsikan oleh Rozita atau mesra disapa Che Ta menerusi laman Instagram miliknya.
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah kecantikan anak perempuan pasangan ini, Aaishah Dhia Rana yang dikatakan seperti anak patung lebih-lebih lagi memakai gaun putih.
Tidak kurang juga, ramai yang memuji wajah Aaisyah persis anak orang Arab dan sememangnya segak seperti ibu dan bapanya.
Pada November lalu, puteri kesayangan Che Ta itu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketujuh. Lebih menjadi perhatian adalah kapsyen Che Ta yang memaklumkan sempena hari jadi anaknya ketujuh itu turut mempunyai tujuh biji kek.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment