08 December 2021

TERIMA KEJUTAN - ISTERI HAQIEM RUSLI HAMPIR MENANGIS BERTEMU 'KEMBARNYA'



"Surprise from my sayang @haqiemrusli98_ :’) gembira tak terkata dapat videocall dengan my favourites kak @haniszalikha & abang @hairulazreen

"(nak nangis tapi cover sebab malu dengan kak hanisss😭)," tulis Anis Sofea yang berkongsikan video dimana suaminya, penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli membuat kejutan untuknya dengan menghubungi 'kembarnya', pelakon Hanis Zalikha menerusi panggilan video.

Menerusi perkongsian tersebut, Sofea mengakui terkejut dan seperti hendak menangis apabila melihat Hanis dan suami yang juga pelakon, Hairul Azreen melalui panggilan video.

Ketika berbual, Haqiem dan Sofea juga sempat menjemput pasangan itu untuk datang singgah ke kedai makan mereka.

Sekitar tahun 2019, Anis pernah tular di laman Twitter apabila wajahnya dikatakan mirip aktres tersebut. Selepas mendirikan rumah tangga, Sofea sering menjadi perhatian ramai dek wajah itu.

Klik untuk gambar besar




KLIK VIDEO DIBAWAH UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: