08 December 2021

DAH NAK 'EXPIRE' - 5 KALI PUTUS CINTA, ADIBAH NOOR RELA HIDUP MEMBUJANG



Putus cinta lima kali... itulah dedah penyanyi dan pelakon Adibah Noor, 51, dimana ia membuatkannya serik untuk bercinta lagi apatah lagi untuk berumah tangga selepas semua bekas kekasihnya tidak mempunyai niat untuk menghalalkannya sebagai isteri.

Tambah Adibah yang merupakan peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), dia tekad untuk hidup membujang tanpa insan bergelar suami di sisi, kerana merasakan kehidupannya kini cukup sempuna tanpa lelaki.

Lebih-lebih lagi faktor usianya yang semakin meningkat, Adibah rela untuk hidup bersendirian dan memberi fokus dengan diri sendiri, keluarga dan kerjaya.

"Jujur saya pernah putus cinta sebanyak lima kali. Pengalaman pahit itu buatkan saya dah tak sanggup alami masalah yang sama lagi. Semua lelaki itu tak nak kahwin dengan saya. Jadi saya serik," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



"Lebih baik jaga diri sendiri, keluarga dan fokus terhadap kerjaya seni. Keluarga pun tak pernah desak. Sejak solo, saya membela kucing hampir 20 ekor. Hidup saya cukup sempurna tanpa kehadiran seorang lelaki bernama suami," katanya.

Jelas Adibah, pintu hatinya untuk berumah tangga sudah tertutup. Jika ada lelaki yang mahu masuk meminang, lebih baik lupakan. Ujar Adibah, dah nak 'expire'.

Biarpun membujang, namun penyanyi lagu 'Terlalu Istimewa' itu bersyukur kerana dikelilingi ramai rakan baik yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

Apa pun, tak semestinya berkahwin boleh buat kita bahagia, hidup bujang pun boleh bahagia juga... tak gitu?


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: