08 December 2021

PITAM DI LOKASI PENGGAMBARAN - PENGARAH DRAMA DIMASUKKAN KE ICU



"Saya tiba-tiba terasa sakit dada dan batuk kuat tanpa henti, gelap mata dan terus rebah. Saya kemudian terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Mulanya saya sangka saya positif C0v1d-19 dan amat risau. Namun, pemeriksaan mendapati saya negatif C0v1d-19 dan punca sebenar ialah akibat paru-paru saya dah mula masuk air akibat tekanan dan kencing manis.

"Buat masa ini saya kena berehat dulu dari bekerja sehingga sembuh sepenuhnya. Tugas pengarahan diambil alih oleh kawan saya buat sementara waktu," kata pengarah, Wan Cromok mengenai keadaannya yang kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang selepas pitam di lokasi penggambaran drama, Isnin lalu.

Wan atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Mat Hussin berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mengarahkan drama berjudul Abang Muazim pada Isnin lalu. Menurutnya, doktor pakar akan melakukan pemeriksaan akhir untuk mengenal pasti penyakitnya hari ini.

Drama 'Abang Muazim' sebanyak 30 episod adalah terbitan syarikatnya JuanRidz Pictures Sdn Bhd. Drama yang akan ditayangkan pada Ramadan tahun depan ini membariskan pelakon seperti Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Kuna, Hamidah Wahab, Aishah Atan, Hafidzuddin Fazil dan ramai lagi. Penggambaran drama ini dibuat sepenuhnya di Kuantan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: