"Sebenarnya tiada istilah melanggar SOP pun sebab jumlah tetamu yang hadir memang sangat terhad dan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan. Tetamu yang datang pada hari itu hanya kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja.
"Mereka yang datang wajib menjalani ujian saringan RTK Antigen, lengkap dua dos v@ks1n C0V1D, memakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahtera dan kanak-kanak tidak dibenarkan hadir. Nak dijadikan cerita, video yang tular itu berlaku selepas sesi sesi fotografi dengan pengantin.
"Jadi, ketika itu memang saudara-mara serta kenalan rapat ada yang membuka pelitup muka sekejap," kata pelakon, Raysha Rizrose kepada Harian Metro, dimana dia menjelaskan majlis perkahwinan kakaknya, pelakon Uqasha Senrose dengan Kamal Adli yang berlangsung pada 15 Disember lalu tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. .
Raysha yang turut bertindak sebagai pengiring pengantin pada majlis berkenaan berkata, setiap tetamu yang hadir wajib memakai pelitup muka, namun video yang tular adalah selepas selesai sesi fotografi bersama pengantin. Menurut Raysha, memasuki tahun kedua pandemik ini, dia percaya rata-rata yang hadir mempunyai kesedaran tinggi terhadap bahayanya virus itu.
Klik untuk gambar besar
"Sekiranya dipanggil pihak berkuasa, saya sedia beri kerjasama. Perkahwinan Kamal dan Uqasha yang berlangsung tempoh hari adalah hasil kerjasama dengan Astro yang juga dikenali sebuah stesen TV yang sangat pentingkan SOP.
"Bagi saya, kalau buat majlis makan-makan atau kenduri di rumah pun, takkanlah kita semua mampu menjaga penjarakan selama 24 jam. Ia sesuatu yang tidak boleh dikawal.
"Namun, sudah tentulah masing-masing mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk memastikan diri berada dalam keadaan yang baik selain memakai pelitup muka dan mematuhi SOP. Takkan masa nak makan pun kita masih nak pakai pelitup muka?
"Sesi bergambar pun ada tetamu yang memilih pakai pelitup muka serta tidak untuk merakam detik bahagia dengan pengantin. Jadi saya ingin tegaskan tiada istilah tidak mengikut SOP," ujarnya.
________________________
No comments:
Post a Comment