05 December 2021

TIADA LAGI CAPRICE, KINI DADDYCAP ATAU ARIZ RAMLI - ISTERI KENA 'KACAU' DENGAN 'PENUNGGANG AGAMA'



"Daddycap sebab sekarang saya dah jadi seorang bapa. Bapa kepada Aleesya Sofia dan anak saya pun panggil saya dengan nama itu. Atau kalian boleh panggil saya dengan nama penuh 'Ariz Ramli'. Ini kira nama pentas baharu saya selepas sudah ke fasa perkahwinan. Jadi, tak usah panggil saya Caprice lagi selepas ini. No more," itulah ujar penyanyi dan influencer, Caprice apabila kini mahu dikenali dengan nama baharu iaitu 'Daddycap' atau nama sebenarnya, Ariz Ramli.

Menurut Daddycap lagi, dia membuat keputusan untuk menukar nama selepas mendirikan rumah tangga dan kini sudah bergelar bapa. Bukan itu sahaja, ia juga disebabkan beberapa isu yang tidak dapat dielakkan. Malah, nama Instagram miliknya juga telah ditukar kepada Daddycap.

"Sebenarnya, ada beberapa isu dalaman dengan beberapa perniagaan yang saya usahakan. Kalau perasan, sebab itu Instagram saya sekarang guna nama 'signbycaprice'. Sekarang ini pun, saya dah mula boleh guna akaun Instagram lama tapi nama tidak lagi Caprice. Daddycap mulai sekarang," katanya.

Tak hanya itu, Daddycap juga berkongsi satu cerita berkenaan isterinya, Farrah Inalis atau Elis yang pernah menjadi mangsa gangguan 'penunggang agama' gatal yang sering menghubunginya dan bertanya tentang hal peribadi ketika wanita itu sedang menguruskan urusan pernikahan sebelum mereka disatukan.

Klik untuk gambar besar



"Waktu itu, kami memang rancang nak kahwin dah. (Semasa persiapan itu) Elis ada beritahu saya, seorang kakitangan jabatan agama melakukan perkara tidak senonoh. Kakitangan itu 'kacau' Elis, tanya macam-macam soalan yang tidak sepatutnya menerusi WhatsApp secara peribadi.

"Kalau dia tahu bakal suami wanita yang diganggunya adalah saya, dia takkan buat semua itu. Saya cakap dengan Elis, saya nak pergi gegar pejabat dia. Tarik dia keluar, lempang dan bogelkan dia. Pasang kamera, biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah," dedahnya.

Sementara itu, Daddycap yang bernikah dengan wanita berasal dari Kelantan yang juga merupakan ibu tunggal anak satu itu memberitahu yang dia ada menyimpan hasrat yang cukup besar iaitu mahu masuk parlimen dan menjadi ahli politik suatu hari nanti.


"Ya, Insya-Allah tapi bukan sekarang. Mungkin 2030. Apa yang kita lalui selama ini terutamanya berkenaan permasalahan korupsi, misi kemanusiaan di Gaza, Palestin dan sebagainya, saya dah lihat banyak perkara tak munasabah. Kalau saya berhenti sekarang, memang tidak akan pergi ke mana-mana.

"Kalau saya ada peluang masuk Parlimen Malaysia, bentang isu macam-macam, Insya-Allah apa yang dibentangkan akan beri kesan kepada orang ramai terutama yang muda. Sejujurnya, saya buat semua ini untuk generasi muda negara ini. Untuk waris kita yang akan datang.

"Saya ada anak usia lima tahun dan saya nak pastikan dia membesar di tanah Malaysia yang lebih baik. Cara terbaik untuk menggerakkan negara ke hadapan adalah dengan melibatkan diri dalam politik, masuk Parlimen dan mula buat perubahan di dalamnya," tuturnya.


Sumber: Kosmo

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: