05 December 2021

KEMBALI 'FREEHAIR' - UPIAK MOHON MAAF, ENGGAN MERENDAHKAN TUDUNG



"Pertama sekali, saya ingin mohon maaf kerana ini pendapat saya dan bukannya mengenai orang lain. Saya merasakan bila diri ini sebagai pelawak dan sekiranya saya buat 'macam-macam aksi ini' (terkinja-kinja) tapi bertudung, rasanya ia merendahkan hijab itu sendiri. Ini pandangan dan perasaan saya.

"Misal kata lagi saya berguling-guling di tepi jalan untuk buat kelakar dan penonton ketawa, rasanya saya sudah pun merendahkan tudung dipakai itu. Betul tak? Jadi, saya 'simpan' tudung.

"Malah bagi saya, bila mengenakan baju yang sebegini (pakaian melekap pada tubuh hingga menampakkan bentuk badan), sebaiknya biarlah ditutup sebetulnya (menutup aurat dengan sempurna)," kata peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Upiak Isil, 36.

Penyanyi kelahiran Indonesia itu memohon maaf diatas kekhilafan dirinya apabila sering tampil tidak lagi memakai tudung berbanding imejnya sebelum ini lagi didakwa selepas aktif kembali di persada seni tempatan, sehingga mengundang pelbagai reaksi.

Klik untuk gambar besar



Upiak menjelaskan, dia mempunyai alasan tersendiri di sebalik tindakan yang diambil itu (tidak bertudung), namun tetap berharap doa yang terbaik daripada semua pihak.

Penyanyi dan komposer yang mula menjadi perhatian ramai menerusi lagu 'Tak Tun Tuang' ini, bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut isu bertudung itu yang dianggapnya agak sensitif.

"Ada yang mengkritik, tapi biarlah. Hanya Dia (Allah) yang boleh menilai hambaNya. Saya tidak akan jelaskan dengan lebih terperinci kerana ia sensitif.

"Malah saya yang salah kenapa berhijab dulu, tapi kini dibuka lagi. Kalau belum siap istiqamah diri, kenapa memakai tudung? Jadi itulah kalau netizen rasa marah, saya hanya senyap saja sebab memang benar kita yang buat salah," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: