04 December 2021

"HAPPY BIRTHDAY MY LOVE.." - WAWA SENGAJA 'BULI' SUAMI SUPAYA SETUJU TUTUP KILANG



"Happy birthday my love.. nah hadiah hari jadimu. Kepenatan. Nak sangat anak ramai kan. Saja buli dia jaga sepanjang malam supaya dia setuju untuk tutup kilang (tiada lagi perancangan hamil) hihi," tulis pelakon Wawa Zainal yang memuat naik video suaminya, pelakon Aeril Zafrel tertidur ketika menyusukan anak keempat kerana kepenatan.

Selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Selasa lalu, Wawa berkata ia adalah hadiah sempena ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-33 pada 2 Disember lalu.

Untuk makluman, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, Ayya Soffya, 1, dan bayi bongsu yang belum lagi didedahkan namanya.

Klik untuk gambar besar




KLIK VIDEO DIBAWAH UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: