04 December 2021

"SHALMA ADA MOHON MAAF, TAPI SAYA BERITAHU INI BUKAN SALAH SESIAPA..." - BUNGA ISME



"Ada beberapa DM saya terima menggunakan bahasa serta kata-kata kasar. Tapi, saya pilih untuk buat tak tahu sebab kalau dilayan, saya sendiri akan lebih tertekan dan sedih.

"Shalma ada menghubungi saya dan memohon maaf. Tapi, saya beritahu kepadanya bahawa ini bukan salah sesiapa dan tak perlu minta maaf," kata penyanyi rap, Bunga Isme yang memberitahu dia ada menerima beberapa kiriman mesej (DM) berbaur kecaman di media sosial selain menerima ucapan maaf daripada penyanyi Shalma Eliana.

Kecaman tersebut diterima Bunga selepas namanya dituduh menjadi punca kepada perpisahan pasangan Shalma dengan pasangannya, penyanyi Ismail Izzani dan Shalma. berhubung mengakui terkejut apabila

Bunga mengakui terkejut dengan tuduhan tersebut, malah dia sendiri tidak tahu dari mana gosip itu muncul kerana dia dan pasangan selebriti itu berkawan baik.

Menurut Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini, dia juga menghubungi ibunya untuk berkongsi luahan rasa ketika perkara itu menjadi bualan.

Klik untuk gambar besar



"Saya memang terkejut apabila nama saya 'naik' sebab saya tak tahu apa-apa. Saya berkawan dengan mereka dan hubungan kami semua baik-baik sahaja. Apabila berita itu menjadi bualan, saya hubungi mak dan bertanya, kenapa orang buat begini kepada saya.

"Tapi, biasalah, kalau kita tak buat apa pun, orang akan bercakap. Saya anggap berita itu seperti angin lalu sahaja sebab orang tak tahu situasi sebenarnya," jelasnya.

Difahamkan, Bunga mengenali Ismail dan pertama kali bertemu dengan penyanyi itu ketika menghadiri sebuah acara anugerah bertaraf antarabangsa. Sehari kemudian, namanya dipetik oleh netizen yang menganggap dia menjadi punca perpisahan Ismail dan Shalma.

Dalam perkembangan terbaru, Bunga kini tampil dalam single terbaru Siti Nordiana berjudul 'Amaran'. Bukan hanya sebagai penyanyi rap, Bunga juga terbabit sebagai penulis lirik bersama dalam lagu itu.



Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: