23 January 2022

10 TAHUN SUAMI SETIA DISISI ELYANA LAWAN KANSER: "KITA SUDAH BERJANJI KETIKA AKAD NIKAH"



"Ia satu situasi yang memang saya kena hadapi. Kita kena fikir bahawa kita sudah berjanji ketika akad nikah untuk menjaganya. Selagi kita mampu, kita jaga. Sebab kita bukan sahaja berjanji kepada manusia, tetapi juga pada Allah SWT. Jadi saya cuba tunaikan.

"Mungkin juga kerana saya terlalu menyayanginya. Iyalah sebagaimana orang lain mungkin ada ibu bapa lagi. Saya pula sebaliknya. Hanya tinggal dia dah anak. Hanya mereka yang saya ada untuk jaga.

"Jadi cubalah untuk menjaga mereka dengan baik," demikianlah kata suami kepada penyanyi Elyana, Khairul Anuar Husin, 48, yang menjawab pertanyaan media mengenai kesetiaannya dalam menjaga isteri yang berjuang melawan kanser selama 10 tahun.

Menurut Khairul Anuar, dia sebagai ketua keluarga cuba sebaik mungkin untuk berada di samping isteri tercinta selepas selamat diijab kabulkan sebagai pasangan yang sah walau apa yang terjadi.

Klik untuk gambar besar



Tambahnya lagi, perasaan sayang yang kuat terhadap penyanyi lagu 'Kalis Rindu' itu turut mendorongnya untuk terus harmoni bersama isteri dan anak-anak.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, sebelum ini memaklumkan berita gembira apabila apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya telah hilang.

Menerusi laman sosial Instagram, Elyana memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan badannya bersama doktor untuk tatapan umum pada 8 Disember lalu.

Untuk makluman, Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada tahun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12, dan seorang anak angkat iaitu Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: