22 January 2022

SEKALI LAFAZ - ADIK NEELOFA, ATHISHA KHAN KINI BERGELAR ISTERI



Adik kepada selebriti popular Noor Neelofa, Athisha Khan kini dilaporkan telah pun selamat bergelar isteri kepada Wan Amirul Haiqal di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur hari ini, dengan sekali lafaz.

Pasangan yang telah berkenalan sejak 10 tahun lalu itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Abdul Halim Khan.

Dalam majlis yang berlangsung bertemakan suasana dalam taman, Athisha, 24, yang juga seorang pempengaruh media sosial itu menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pihak lelaki.

Pelamin dan dekorasi yang dihias indah oleh perunding majlis perkahwinan terkenal, Reka Teemor itu menyaksikan Athisha dan suami turut dilihat menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis masing-masing selepas selamat dinikahkan.

Klik untuk gambar besar



Menerusi perkongsian Instagram beberapa ahli keluarga termasuk Neelofa dan Ameera Khan, Athisha anggun mengenakan persalinan gaun serba putih rekaan Alia Bastamam.

Untuk makluman, Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom manakala Wan Amirul merupakan graduan Ekonomi dari Universiti Coventry, England.

Athisha sebelum ini melangsungkan pertunangan pada 19 Januari lalu dalam sebuah majlis ringkas di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: