22 January 2022

BILA NYANYIAN SHUIB UNDANG SEBAK



Baru-baru ini, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu telah berkongsi satu video dirinya sedang mendedangkan sebuah lagu berjudul 'Kepingan Hati' milik ST12 yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, Shuib dilihat bermain gitar sambil menyanyi dengan penuh perasaan. Nyanyian Shuib itu ternyata telah membuatkan netizen sebak.

Malah, ada segelintir turut mengalirkan air mata kerana terkenangnya isteri pelawak itu Allahyarham Siti Sarah yang sudah lima bulan pergi menghadap Ilahi.

Klik untuk gambar besar



Tidak kurang juga, ada yang teringat kembali sebelum ini arwah Siti Sarah pernah mengatakan suaminya itu sememangnya boleh menyanyi.

Dalam pada itu, peminat juga dapat melihat air muka Shuib yang masih rindukan arwah isterinya. Pada masa sama, peminat turut mendoakan agar segala urusan Shuib dipermudahkan.


KLIK VIDEO DIBAWAH UNTUK TONTON


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: