23 January 2022

SUAMI SYURA BADRON 8 TAHUN LEBIH MUDA, SEORANG PENIAGA MAKANAN



"Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan. Saya bernikah dengan lelaki bujang dan orang kebanyakan. Dia menjalankan perniagaan makanan kecil-kecilan. Kami berkenalan sejak lima tahun lalu.

"Dalam tempoh itu, dia menjadi penyokong dan pengkritik saya. Ketika saya menceburi perniagaan produk kecantikan kulit, Charmant, dia banyak membantu dan memberi tunjuk ajar.

"Mereka (anak-anak) menangis kegembiraan ketika saya sah bergelar isteri tadi (semalam). Sebagai anak yang kian membesar, mereka faham pergelutan saya dalam meneruskan kelangsungan hidup.

"Namun, apa terjadi, saya tetap menjaga tiga amanah ini dengan baik. Malah, mereka serasi dengan suami selama ini," jelas penyanyi Syura Badron yang meluahkan rasa syukur kerana tiga anaknya merestui perkahwinannya itu.

Klik untuk gambar besar



Semalam, Syura, 36, telah selamat bergelar isteri kepada Muhd Farizat Ismail, 28. Dalam majlis akad nikah tersebut, Syura yang popular dengan lagu berentak irama Malaysia seperti 'Nazam Berkasih' dan 'Bakawali ini menerima mas kahwin berupa jongkong emas seberat 1.5 gram dan turut menerima wang hantaran yang dipersembahkan dalam bentuk set barang kemas yang dirahsiakan nilai.

Syura yang juga merupakan bekas juara musim kedua program realiti, Master Chef Selebriti itu turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada pihak lelaki.

Sementara itu, teman baik Syura, Lan Solo dan isteri, Shila Razlan masing-masing berkongsi berita gembira mengenai pernikahan penyanyi itu di laman Instagram (IG).

Sebelum ini, Syura menikahi Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006. Bagaimanapun, mereka berpisah pada Ogos 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: