23 January 2022

"SAYA MALAS KOMEN..." - JAWAB NORA DANISH BILA DITUDUH SYIRIK, DIMINTA SEGERA TAUBAT



"Lah, saya tak baca pula komen. Kena juga ke? Saya malas komen sebab nanti jadi lebih buruk," itulah jawab pelakon Nora Danish apabila dituduh syirik dan diminta segera bertaubat, dek gara-gara memuat naik sedutan babak lakonan sebuah projek drama memaparkan majlis perkahwinan kaum India.

Nora ketika dihubungi Kosmo menerusi pesanan WhatsApp, bagaimanapun enggan mengulas lanjut situasi tersebut kerana bimbang hanya akan mengeruhkan keadaan.

Menerusi video yang dikongsi dalam Instagram, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hani, 39, dilihat menyertai majlis perkahwinan yang menyaksikan pasangan pengantin mengelilingi 'api suci'.

Tampil jelita menggayakan pakaian tradisional masyarakat India iaitu legha, bagaimanapun, tidak semua dalam kalangan netizen bersetuju dengan tindakannya itu walaupun sekadar lakonan.

Video dimuat naik yang berlatarbelakangkan patung-patung di kuil juga menyebabkan netizen melemparkan kata-kata kurang enak.

Klik untuk gambar besar



"Janganlah engkau mempersekutukan Allah baik sengaja ataupun tidak kerana itu jalan menuju kemusyrikan yang nyata," pesan seorang netizen dalam ruangan komen Instagram perkongsian video yang dimuat naik Nora.

Seorang netizen lain meninggalkan komen: "Demi duit, demi populariti sanggup apa sahaja. Tengoklah artis Hollywood sanggup buka baju, sanggup bersetubuh untuk dirakam tayang seluruh dunia demi berlakon filem."

Biarpun ramai ringan mulut menyifatkan tindakannya sebagai syirik, ada dalam peminat memuji semangat muhibah pelakon yang cukup dikenali menerusi sitkom 'Puteri' itu.

"Meriahnya. Hidup pelbagai kaum, saling menghormati agama serta adat resam masing-masing. Marilah berkasih sayang sesama manusia," tulis seorang peminat.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: