23 January 2022

"SERIK...TIDAK AKAN BUAT 'JOB' DENGAN DIA" - AZWAN ALI TAK MAHU GANDINGAN 'OVERSHADOW'



Azwan Ali yang lebih tiga dekad dalam dunia pengacaraan telah berkongsi insiden dimana dia berdepan gandingan penyampai yang cenderung 'overshadow' atau bertindak lebih dominan hingga membayangi pasangan ketika beraksi.

Enggan mendedahkan identiti individu terbabit, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA sebaliknya menasihatkan pengacara lain agar faham amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul.

"Kita sebagai hos, walaupun digabungkan mana-mana stesen televisyen (TV), fahamlah kita ada amanah terhadap penyiar terbabit dan berjuta-juta orang yang menonton program itu. Jadi, jangan perasan orang hendak tengok awak seorang sahaja. Pada masa sama, orang mahu tengok saya juga.

"Secara jujur, saya terkejut memikirkan dia begitu orangnya. Apabila berbincang, dia juga tidak mahu melayan. Walaupun kita hebat dan lawak, kita kena ada perbincangan.

Klik untuk gambar besar



"Jangan cakap seperti awak pandai dan orang hanya hendak tengok awak... Ini sangat berbahaya. Namun, Alhamdulillah, program yang kendalikan boleh dianggap berjaya," katanya.

Azwan berkata, seboleh-bolehnya dia tidak mahu digandingkan dengan pengacara terbabit dan berharap hos muda yang diberi amanah, boleh tampil profesional seperti dirinya.

"Saya sudah serik... Tidak akan buat lagi 'job' pengacaraan dengan dia. Bagaimanapun, saya percaya gandingan saya dengan Issey dalam program Mic On, insya-Allah okay," katanya ditemui pada majlis pelancaran musim kedua program realiti nyanyian, Mic On! di sini, baru-baru ini.

Rancangan terbabit menampilkan Azwan sebagai pengacara bersama Issey Fazlisham. Mengulas mengenai tanggungjawab sebagai hos program realiti terbitan Awesome TV itu, Azwan berkata, dia akan menjaga tingkah laku dan memberi aksi terbaik.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: