23 January 2022

BERHASRAT 'SPONSOR' YASSIN YAHYA BUAT GIGI BARU - VIDA NAFI TUMPANG POPULARITI



"Saya nak taja gigi Yassin. Sayang muda-muda tak ada gigi, isteri lawa. Saya bukan nak tumpang populariti pun. Yakin, lepas ni Yassin handsome ada gigi penuh," demikianlah kata jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang meluahkan hasrat hati untuk menaja pelawak dan juga bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-8, Yassin Yahya dengan membuat gigi baharu.

Perkara tersebut dizahirkan Vida menerusi sebuah hantaran di Instagram Astro Gempak pada Sabtu lalu di mana dia mahu Yassin lebih yakin apabila memiliki sebaris gigi yang tersusun dan cantik. Katanya lagi, dia bukanlah ingin menumpang populariti pelawak itu namun hanya ikhlas membantu.

Bagaimanapun, hasrat jutawan itu nampaknya tidak mendapat sokongan padu daripada pengguna media sosial yang berpendapat penyanyi lagu 'I Am Me' itu dikatakan sengaja mahu menumpang popular dan 'gila glamor'.

Klik untuk gambar besar



"Boleh DM terus kan Datuk, tak payah bagitahu semua orang kat sini." - "Asal ada cerita artis, mulalah masuk daun. Apo," antara komen-komen netizen.

Terdahulu, Yassin ada membuat ulasan mengenai penampilan isterinya yang sebelum ini tidak diketahui ramai di mana didakwa cantik dan seiras Janna Nick setelah tularnya video TikTok pasangannya itu baru-baru ini.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: