Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Azhan Rani telah mengemukakan sedikit permintaan tulus daripada hatinya, sempena hari ulang tahun kelahiran yang akan menjelma esok.
Menurut Azhan, sudah lama dia mengidam sambutan hari lahir sebegitu dan mengharapkan ia terjadi tahun ini. Katanya, dia tidak mengharapkan gimik, kejutan, ucapan, hadiah dan sebagainya namun cukup hanya dengan mendoakannya dalam hati.
"Permintaan tulus dari katil pesakit ni sebelum aku tutup mata. Sebenarnya lama dah aku mengidam birthday yang macam ni, boleh tak kali ni bagi pada aku. Tak payah gimik, acah buat surprise, menyanyi bagai... kalau tak boleh bagi setiap tahun, bagi kali ini pun jadilah. Kalau jadi... terima kasih, aku akan anggap ni hadiah birthday paling tenang pernah aku dapat," kongsinya.
Dalam entri, Azhan berkongsi foto dirinya di hospital beserta ayat "cukup cuma doa dalam hati saja". Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Azhan mendoakan kesembuhan segera untuknya.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment