23 January 2022

AERIL & WAWA NEKAD TUKAR NAMA ANAK BONGSU SELEPAS KERAP MENANGIS



Mengalami keadaan bayi kolik hampir setiap hari selepas dilahirkan, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal nekad menukar nama anak bongsu lelaki mereka dari 'Jibril Ibtisam' kepada 'Muhammad Fahri'.

"Nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih tapi kedua-duanya asyik nangis. Yang ketiga saya namakan, okey pula anak tu. Anak keempat ini, Aeril namakan tapi meragam juga. Bayi asyik menangis ja, sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik," jelas Wawa yang dipetik sebagai berkata kepada Astro Gempak.

"Saya cakap; kenapa sayang (panggilan Aeril) bagi nama ja mesti jadi macam ini. Terus Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya, ada la sehari. Tiba-tiba, saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan. Kiranya dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama," cerita Wawa lagi.

Untuk makluman, Wawa telah selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu. Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: