23 January 2022

VICHA AKHIRNYA DEDAH WAJAH SUAMI



"Saya dan Syura memang rapat dan kami pernah berjanji, kalau suatu hari nanti, Syura dah dedahkan wajah Farizat (suami Syura) kepada umum, saya akan dedahkan wajah suami saya.

"Jadi, semalam, ketika bergambar bersama pasangan pengantin baru itu, suami saya pun bersetuju untuk saya muat naik gambarnya ke Instagram pada hari ini," itulah jelas pelawak dan pelakon Vicha apabila dia hari ini akhirnya mendedahkan wajah suaminya, dikenali sebagai Johnson di laman Instagram selepas lebih dua tahun berumah tangga.

Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman ketika dihubungi berkata, dia membuat 'perjanjian' dengan sahabat karibnya, Syura Badron untuk bersama-sama mendedahkan wajah suami mereka jika kedua-duanya sudah bersedia.

Menurut Vicha, Johnson yang dipanggil 'Daddy' oleh rakan-rakannya adalah seorang yang pemalu untuk bergambar di hadapan kamera dan mereka jarang sekali bergambar bersama.

Klik untuk gambar besar



"Sepanjang tujuh tahun kami berkenalan sehinggalah sudah berumah tangga, boleh dikira dengan jari sahaja berapa keping gambar yang diambil. Dia memang jenis pemalu untuk bergambar. Tapi, disebabkan saya bekerja di dalam industri hiburan, mahu atau tidak, dia perlu membiasakan dirinya. Gambar yang saya muat naik ke Instagram itu pun, dia yang pilih," katanya.

Sejak berita perkahwinannya tular, setiap hari Vicha yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama terbitan Zeel Production itu menerima kiriman mesej daripada netizen yang meluahkan hasrat untuk melihat wajah suaminya.

"Hari-hari ada yang DM (mesej) dan beritahu, nak tengok suami saya. Saya beritahu mereka, Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan. Jadi, hari ini saya dah tunaikan permintaan mereka," tuturnya yang dikurniakan anak lelaki, Michael Trevo Ayomide yang kini berusia dua tahun, hasil perkahwinannya dengan Johnson.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: