30 January 2022

25 TAHUN JADI BAPA TUNGGAL - AZNIL KATA SOAL JODOH BUKAN LAGI KEUTAMAANNYA, ANAK TAK PERNAH TANYA



Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi yang sudah bergelar bapa tunggal hampir 25 tahun itu tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup dan seterusnya kembali berumah tangga.

Aznil yang mesra disapa Pak Nil berkata, soal jodoh bukan lagi keutamaan kepada dirinya kerana lebih selesa bergerak solo dan melalui kehidupan dengan tenang.

Katanya, sejak tiga dekad lalu dia meletakkan sepenuh rasa cinta dan kasih terhadap kerja seni dan tanggungjawabnya kepada masyarakat.

Klik untuk gambar besar



"Anak tak pernah tanya pasal jodoh. Mereka pun tahu dan selalu nampak papa (panggilan anak) asyik sibuk dengan urusan kerja. Anak sulung saya juga jenis wanita berkerjaya. Soal kahwin bukan keutamaan. Namun, hubungan mereka dengan mama (bekas isteri) terus terjalin baik biarpun anak tinggal dengan saya," katanya.

Menurut Pak Nil yang bakal menjengah usia 60 tahun pada November tahun ini, sebagai bapa dia sentiasa menggunakan pendekatan sama seperti ibu bapa lain mendidik anak supaya menjadi insan yang baik dan saling menghormati.

"Saya selalu ingatkan mereka untuk hormat kepada orang tua. Saya juga ajar mereka supaya pandai buat keputusan sendiri dengan betul. Paling utama dalam setiap langkah mereka, saya selalu ingatkan untuk fikir panjang dulu sebelum membuat keputusan atau bertindak," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: