30 January 2022

"SAYA TIDAK TAKUT TANGGAPAN ORANG... KENAPA SAYA DILIHAT JAHAT" - ZARINA ANJOULIE



"Saya jenis bukan sembang lebih. Saya tunjukkan kualiti kerja seperti buat rebiu dalam IG. Pelanggan datang balik kerana tahu cara dan kualiti kerja saya. Inilah rezeki dari Allah. Namun, sebagai manusia, saya bekerja dengan bagus, amanah, teliti dan sebagainya. Daripada situ, orang mempercayai nilai kerja saya.

"Jadi, saya tidak takut tanggapan orang. Saya juga tak pernah terfikir pengarah atau penerbit takut nak tawar saya berlakon sebab kontroversi. Namun, kini, lakonan bukan lagu keutamaan. Dahulu, memang betul," kata pelakon sensasi, Zarina Anjoulie, 35, yang menegaskan, dia tak pernah bangga dengan kesilapan dan kontroversi.

Sejak awal perjalanannya merentasi dunia glamor, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu lebih condong ke arah kisah negatif dan kontroversi. Hinggakan satu tahap, pelakon yang diperkenalkan menerusi drama 'Anak Pontianak' itu lenyap daripada radar dunia hiburan dan timbul persepsi kerjaya lakonannya menemui titik noktah.

Klik untuk gambar besar



Namun, kemunculan semula Zarina menerusi filem 'Hantu Kuat Ketawa' arahan Mawi membuktikan minat lakonannya masih bersisa walaupun agak lama tidak menjejak kaki ke lokasi penggambaran. Selain Zarina, filem kedua arahan Mawi itu turut dibintangi Saiful Apek, Syanie Hisham, Along Cham dan Anas Tahir. Ia akan menemui penonton menerusi Astro First sejak 27 Januari lalu.

"Jika ikutkan dapat sahaja tawaran lakonan diterima, selama ini. Dahulu, saya berlakon sebab ada banyak masa, namun, sekarang berbeza, apatah lagi, usia bukan makin muda. Saya terima sebab meminati Mawi sejak zaman Akademi Fantasia musim ketiga. Secara kebetulan, saya menonton filem pertama arahannya, Tiada Tajuk.

"Siapa sangka, saya terima mesej langsung dalam Instagram (IG) menawarkan tawaran berlakon filem Hantu Kuat Ketawa," ujar Zarina atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul yang turut menafikan sudah bersara atau tidak berminat dalam dunia lakonan.


Mengulas isu peribadi, rumah tangga dan pendirian, pelakon yang mencipta populariti menerusi drama 'Anak Pontianak' itu dilihat seolah-olah tidak takut kecaman, malah bersikap selamba dan kering hati.

"Saya tertarik nak ulas isu rumah tangga bukan sebab nak cetuskan kontroversi. Ikutkan selama berkahwin, saya tak pernah cakap apa-apa. Saya tutup aib bekas suami, namun, dia malukan saya. Dia ceraikan saya dalam IG Story. Saya diam sahaja selama ini, tetapi, kenapa saya dilihat jahat. Disebabkan kontroversi, siapa nak percaya saya. Namun, saya bangkit menegakkan kebenaran," jelasnya.

Mengenai isu terbaharu, pembedahan sedut lemak, Zarina berkata, sebab utama dirinya melakukan pembedahan sedut lemak kerana banyak buat ulasan produk berbayar menjadi sumber pendapatan utama: "Jadi, saya kena nampak sentiasa menarik. Rambut kena lawa, solekan pun harus cantik," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: