30 January 2022

SEDAR ANAK-ANAK SEMAKIN BESAR - ALIFF SYUKRI BERAZAM KURANGKAN KONTROVERSI, AKUI MALU



"Anak pertama saya pun dah masuk tingkatan tiga, bila dia tanya... abah kenapa video viral macam ni, kita pun jadi malulah. Jadi saya fikir tak apa la walaupun kurang kontroversi maruah tu lagi penting. Kita nampak anak kita dah membesar remaja... jadi anak bujang dan anak dara.

"Kita tengok betapa struggle membesarkan mereka, kita pun dah tak boleh nak marah-marah sebab takut mereka memberontak, jadi dari situ kita sedar. Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan.

"Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat," kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang berazam untuk mengurangkan kontroversi membabitkan dirinya, selepas menyedari anak-anak semakin meningkat remaja.

Menurut Aliff, 36, dia enggan isu panas yang tular membuatkannya menjadi malu dengan anak-anak, sekaligus menjejaskan reputasi sebagai seorang bapa. Tidak sanggup lagi terkait dengan sebarang kontroversi kerana memikirkan usianya yang semakin meningkat, justeru itu penyanyi lagu 'Coba ini' nekad berubah dan memberi tumpuan kepada perniagaan.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya kontroversi ini seronok tapi biarlah dia datang secara semulajadi bukan buat-buat sebab nak glamour. Kalau ikutkan saya pun nak popular hingga umur 60 tahun tapi bukan dengan cara yang murah.

"Kita kena sedar diri, kita akan tua... tak lama lagi dah nak masuk 40 tahun, rambut pun dah beruban. Jadi saya fikir sekarang ini masa untuk saya jadi ahli perniagaan sebenar bukan nak gelenya-gelenya (gedik). Saya tak nak dah! Nanti orang kata orang tua tak sedar diri.

"Dalam tahap sekarang ni, saya nak maintain saja, Alhamdulillah semua dah cukup. Nak kata kaya tujuh keturunan saya tak berani sebab kita bukan tuhan, kita tak tahu mungkin satu hari nanti saya akan susah juga tetapi buat masa ini cukuplah boleh hantar anak ke sekolah, bayar gaji pekerja dan tidak dihimpit kontroversi murahan," ujarnya.



Dalam pada itu, Aliff memaklumkan dia kini mula memperlahankan rentak di media sosial dan enggan lagi melakukan gimik murahan untuk menarik perhatian netizen.

"Saya mengaku awalnya saya kejar glamour sebab saya bukan artis, tapi rupa-rupanya glamour tanpa duit pun tak ada erti. Kalau perasan enam bulan kebelakangan ini, saya lebih selesa mendiamkan diri daripada kontroversi.

"Sejujurnya saya dah tak suka dengan kamera! Kalau nak cari kontroversi mudah sahaja, asal ada orang buat isu saya boleh saja menyelit sebab follower saya dah tinggi... bukan nak riyak tapi itulah hakikatnya.

"Jadi sekarang saya mahu lebih matang, tengok orang lain buat gimik itu dan ini, saya rasa tak apa la sebab kita dah rasa dulu. Tak perlu lagi la. Saya cuma nak cari ketenangan," tuturnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: