"Ya dia (Nikki) terlalu penat disebabkan kerja dan komitmen pada GV8. Dia juga ada kena hujan. Jadi disebabkan itu badannya lemah sehingga menjejaskan kesihatannya. Hari ini Nikki sepatutnya ada persembahan, tapi doktor cakap kalau boleh jangan ambil risiko. Disebabkan itu dia ditahan di wad. Berapa hari tu doktor tidak maklumkan lagi.
"Harapnya esok sudah boleh keluar," itulah jelas pengurus Nikki Palikat iaitu Jeff Wai yang memaklumkan penyanyi itu terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di sini, hari ini.
Jeff ketika dihubungi berkata, doktor menasihati Nikki yang juga peserta program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu untuk ditahan bagi memantau keadaan kesihatannya.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, ditanya mengenai latihan untuk peringkat separuh akhir GV8 Ahad ini, Jeff memberitahu, dia sudah memaklumkan keadaan Nikki kepada pihak produksi.
"Saya sudah maklumkan pada pihak produksi dan berbincang jika keadaan Nikki masih tidak okay Jumaat ini, mungkin gilirannya membuat latihan dijadualkan semula pada Sabtu.
"Buat masa sekarang Nikki sedang berehat dan cuba hafal lirik. Dalam masa sama, fikir semula bentuk persembahan yang bakal dibuat. Walaupun sudah ada, tapi kena ambil kira keadaan kesihatannya. Mungkin kena minimakan," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment