12 January 2022

"ALHAMDULILLAH..." - ZULIN AZIZ BERSYUKUR SUDAH BEBAS C0V1D



Selepas hampir 10 hari 'berkurung', pelakon, penyanyi dan pengacara, Zulin Aziz telah meluahkan rasa syukur apabila disahkan tidak lagi positif C0V1D, malah tidak dijangkiti varian 0m1cr0n dan sudah 'bebas' kuarantin.

"Alhamdulillah, saya tidak dijangkiti varian 0m1cr0n. Kalau tidak, durasi kuarantin perlu ditambah lagi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi pengalamannya menjalani kuarantin di rumah, Zulin berkata, dia hanya mengalami gejala kehilangan deria bau saja. Dalam pada itu, ditanya mengenai kontak rapatnya sebelum disahkan positif, Zulin juga tidak ada jawapan.

"Saya mengalami gejala hilang deria bau selama dua hari dan pada hari ketiga, deria bau sudah kembali normal. Saya amalkan makan buah kurma dan Alhamdulillah, itu sedikit sebanyak membantu. Kalau demam, saya tak alami demam ketika dalam tempoh kuarantin.

Klik untuk gambar besar



"Saya pun tak pasti dari mana saya dijangkiti. Berkemungkinan besar ketika di lapangan terbang memandangkan ramai orang di sana. Mungkin juga ketika berada di dalam pesawat.

"Namun, yang pasti dalam 72 jam pertama memang saya tak ada sebarang gejala dan semuanya dalam keadaan normal saja. Saya menjalani ujian calitan sebanyak tiga kali iaitu sebelum pulang ke Malaysia, ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sekali lagi sebelum saya disahkan positif," jelasnya.

Selesai menjalani kuarantin, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz menerima notifikasi di aplikasi MySej@hter@ untuk temujanji suntikan v@ks1n pengg@l@k.

"Alhamdulillah, di MySej@hter@, dah dapat notifikasi untuk menerima v@ks1n pengg@l@k pada esok. Jadi, saya harapnya semuanya dipermudahkan. Insya-Allah, Isnin nanti saya akan mula bekerja," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: