12 January 2022

USTAZ ABU SYAFIQ MENANG SAMAN FITNAH, KES 'KAFIRKAN' USTAZ EBIT LEW



"SAYA MENANG SAMAN. Alhamdulillaah. Hari ini (semalam) 11/1/2022 Selasa selesai sahaja saya menunaikan Ibadah Umrah. Team Peguam saya yang hebat dari Firma Guaman @hafidzahhassan telah memaklumkan keputusan Mahkamah kes Saman saya terhadap pemfitnah bahawa saya sebagai Plaintif telah MENANG dan pemfitnah Defendan kalah perlu mohon maaf secara terbuka dan bayar ganti rugi kepada saya.

"Tak sangka berita gembira ini saya dapat ketika saya berada di Ka'abah Masjid Haram di Mekah. Terima kasih diucapkan kepada Puan Nurul Hafidzah @hafidzahhassan dan teamnya yang hebat baik dan ceria. Tidak lupa juga ribuan terima kasih buat semua ahli keluarga saya kerana mendoakan kemenangan ini. Allah maqbul doa anda sekalian. Alhamdulillah.

"Buat pemfitnah dan pemimpin-pemimpin yang zalim. Segeralah bertaubat sebelum terlambat," demikian kata pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq menerusi satu perkongsian di laman Instagram dimana dia meluahkan rasa syukur apabila menang kes saman fitnah terhadapnya selepas lebih dua tahun perbicaraan berlangsung.

Klik untuk gambar besar



Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini mengarahkan seorang eksekutif kaunselor, Hamidah Rapaee membayar pampasan RM100,000 dan ganti rugi teladan RM20,000 kepada Abu Syafiq berhubung kenyataan fitnah yang dibuat melalui media sosial, dua tahun lalu.

Mahkamah juga memerintahkan defendan menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada plaintif, Ustaz Abu Syafiq di laman Facebook dan Youtube milik defendan.

Keputusan kes saman sivil tersebut merupakan bukti kukuh yang mahkamah bersetuju dengan hujahan-hujahan peguam Abu Syafiq yang laman Facebook beliau telah digodam dan beliau tidak pernah mengkafirkan seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: