Nama Zul Ariffin sebelum ini menjadi bualan hangat di kalangan netizen selepas video promosi pelakon itu mendukung dan memegang tangan pengasas produk itu iaitu Sasha dan Farah Abdul Azizt, tular di media sosial.
Mengenai kelibatnya sering menghadiri kelas agama bersama pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew, Zul, 36, menjelaskan tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai pembabitannya dalam dakwah, namun menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat tafsiran tersendiri. Dalam pada itu, Zul turut mengulas mengenai peranannya sebagai duta produk bengkung Superwoman
"Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan saya tidak akan berlakon mendukung wanita atau akan berserban ketika berlakon. Saya hanya mengikut seorang individu itu, menyertai ceramah agama dan makan bersama. Namun, ada pihak yang mengeksplotasi perkara itu sehingga menimbulkan salah faham.
"Semuanya berlaku secara spontan, kami tidak merancang untuk menggunakan aksi dukung dan pegang tangan sebagai jalan cerita. Namun, ketika hari penggambaran semuanya berlaku secara bersahaja dan kami menyukai hasilnya.
Klik untuk gambar besar
"Ini adalah dunia bisnes, publisiti tetap publisiti. Malah, saya juga menyukai produk bengkung yang banyak membantu saya bersenam di gimnasium. Jadi, saya juga tidak mengambil masa lama untuk bersetuju.
"Senang bekerjasama dengan mereka dan saya juga menyukai produk bengkung yang dikeluarkan. Semestinya, saya mahukan sesuatu yang berkualiti kerana turut menggunakan nama saya sebagai duta," katanya.
Terdahulu, Zul mengulas mengenai pembabitannya sebagai duta produk terbabit ketika ditemui pada majlis makan malam diadakan di sini. Pemilihan Zul sebagai duta adalah bertepatan dengan objektif Superwoman Sdn Bhd untuk menjadikan amalan traditional turun-temurun berbengkung menjadi satu gaya hidup bukan saja untuk wanita tetapi golongan lelaki juga.
________________________
No comments:
Post a Comment