15 January 2022

PUTERI BALQIS TERGURIS HATI BILA IBU DIFITNAH & DIDOAKAN AGAR CEPAT MATI



"Puteri Balqis yang dahulu adalah seorang yang gagal berbanding Puteri Balqis hari ini. Ramai yang mahukan saya jadi seperti dahulu. Tapi saya yang dahulu adalah Puteri Balqis yang gagal. Gagal dalam menilai orang dan gagal dengan pujian. Saya tidak tahu antara madu dan racun.

"Paling saya tertekan sebab saya gagal pertahankan ibu saya. Orang cakap ibu penagih dadah dan gunakan saya untuk cari duit. Jadi saya lebih selesa jadi diri yang sekarang. Walaupun saya boleh bersuara, tapi orang tidak dengar. Sekarang saya hendak beritahu bahawa 'Puteri Balqis' yang dahulu gagal.

"Bagaimana saya boleh melakukan perkara itu (bunuh ibu)? Ibu satu-satunya insan yang saya ada. Ibu pernah menangis di kaki saya sebab kata dia gagal menjadi seorang ibu yang baik. Sedih bila orang juga tuduh saya yang bukan-bukan. Orang kata saya psiko, tidak terjaya dan tidak terurus. Malah ada juga yang doakan saya mati.

Klik untuk gambar besar



"Walaupun saya nampak okey, saya masih manusia yang ada hati. Tetapi kalau diluar, saya kena tonjolkan perwatakan diri yang matang kerana tidak mahu dipijak. Saya kena kuat. Mereka (netizen) tidak nampak macam mana ibu saya menangis dan bersujud ketika berdoa. Ibu saya bukan sahaja mendoakan manusia, tetapi juga mendoakan alam. Masyarakat tidak boleh menghakimi saya berdasarkan pakaian. Itu cara saya.

"Kami selalu mendoakan semua, termasuk mereka yang membenci kami. Kami tidak berani untuk membunuh sekecil-kecil makhluk seperti semut," demikianlah luahan hati pelakon remaja, Puteri Balqis yang menceritakan situasi sebenar yang dilaluinya kini dan turut menafikan dirinya seorang lesbian seperti yang didakwa netizen.



Balqis atau nama penuhnya Puteri Balqis Aziz, 14, berkata, tidak mungkin dia akan menjadi seorang gadis ceria dan periang seperti sebelum ini walaupun ramai peminat mengharapkan perkara tersebut daripadanya.

Dilabel sebagai 'gadis pelik', Balqis bagaimanapun juga sama seperti anak remaja lain yang manja dengan ibunya. Tambah Balqis, dia berbeza dengan perwatakannya ketika berada di luar.

Menafikan dia serta ibunya telah jauh terpesong daripada agama, pelakon drama 'Andainya Takdir' itu berkata dia tidak akan sesekali berkongsi (tunjuk) ibadah yang dilakukannya untuk tontonan umum.





ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON: https://youtu.be/VsjUoTDFCZA


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: