15 January 2022

BILA WAK DOYOK JUAL SUSHI PULA



Semua mengenali personaliti media sosial, Wak Doyok yang sememangnya terkenal dengan gaya misai dan juga dianggap sebagai ikon fesyen oleh peminat-peminatnya.

Terkini, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor, khabarnya telah meluaskan lagi empayar perniagaan dalam bidang makanan pula apabila dilaporkan telah membuka restoran makanan jepun yang diberi nama 'Sushiwak' yang berlokasi di Melawati Mall, Kuala Lumpur.

Yang lebih menarik apabila restoran milik Wak Doyok itu menghidangkan resipi sushi dengan suntikan elemen kemelayuan yang pastinya lebih dekat dengan selera tempatan. 

Klik untuk gambar besar



Disebabkan oleh perkara itu, restoran yang secara rasmi dibuka pada 26 Disember tahun lalu itu mula menjadi tumpuan sehingga para pekerja tidak cukup tangan untuk melayan pelanggan.

Namun begitu, Wak Doyok berkata kelainan yang ditampilkan itu tidaklah sehingga ke arah resipi yang pelik-pelik dan merosakkan keunikan sushi itu sendiri namun sekadar untuk menampilkan kelainan dalam menu sedia ada.



Ujarnya lagi, tukang masak restoran 'Sushiwak' adalah warga tempatan dan bukan 'kaleng-kaleng' kerana memiliki pengalaman 10 tahun ke atas dalam bidang pembuatan sushi.

"Cef saya warga tempatan dan punya banyak pengalaman dalam pembuatan sushi. Hampir semua resipi cef saya buat, tambah dan wujudkan resipi baharu seperti Curry Chicken Katsu Bento dengan rasa kari istimewa. Sushi yang ditawarkan mengikut harga warna pinggan seperti pinggan berwarna hitam hanya RM1, merah pula RM3, dan kuning RM5," katanya.

Antara hidangan kelainan dalam menu sushi yang ditawarkan adalah seperti Curry Chicken Katsu Don, Curry Karaage Chicken Don, Soft Shell Crab Bento, Chicken Shigayaki Bento dan banyak lagi.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: