"Awal perkenalan dengan suami, saya sangat takut berkawan dengan lelaki kerana menganggap semua lelaki jahat dan suka mengambil kesempatan. Tidak ada yang jujur. Di usia saya 22 saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula2 bercinta dengan isterinya.
"Dia cakap bukan senang dia nak rebut hati isterinya sampai nak kena tembak dengan arwah bapa isterinya dengan senapang patah.. last-last dia dapat jugak kawin .. Cintanya memang cinta mati dengan isterinya. Saya suka dengar dia cerita betapa dia sayang isterinya.. bila dia ajak saya kawin saya cakap bawak jumpa isterinya dulu..
"Dia berani bawak saya jumpa minta izin.. his a gentelman," itulah tulis pelakon Zarina Zainuddin yang baru-baru ini ada berkongsikan kisah perkenalannya dengan suami, di laman Instagram, selepas hampir 28 tahun hidup bermadu.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Zarina menyifatkan suaminya, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar seorang lelaki budiman kerana berani memperkenalkan pelakon itu dengan isteri pertamanya. Kata Zarina lagi, dia menerima lamaran suaminya ketika itu tanpa ada rasa cinta namun suaminya tidak pernah mensia-siakan dirinya.
Zarina turut berkongsikan suaminya nyaris ditembak arwah bapa isteri pertamanya, namun akhirnya mereka berkahwin juga dan suaminya sangat sayangkan isterinya itu.
Terdahulu, Zarina mendedahkan dia sangat menyanjungi dan sangat kasihkan madunya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor yang banyak mengajar dan membimbingnya ke jalan yang benar.
________________________
No comments:
Post a Comment