14 January 2022

BILA KHAI BAHAR TAK MAHU BELI KERETA, SELESA GUNA PENGANGKUTAN AWAM



Penyanyi dan pelakon Khai Bahar ternyata tidak mempunyai kereta selama ini, malah lebih selesa menggunakan pengangkutan awam jika mahu kemana-mana. Perkara tersebut diakui sendiri oleh penyanyi lagu 'Bayang' ini.

Menurut Khai, 27, dia merasakan tiada keperluan untuk dia membeli kereta dan tidak kisah menaiki transit aliran ringan (LRT) jika mahu kemana-mana.

Jika ada urusan kerja penting, Khai berkata, dia akan dijemput oleh pengurusnya atau lebih selesa menggunakan khidmat e-hailing. Tambahnya lagi, kalau dia mahu pulang ke kampung pula, dia akan menaiki perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) kerana lebih menyenangkan daripada kapal terbang.

"Saya tidak melihat ada keperluan pun membeli kereta baharu kerana tidak kisah menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) untuk ke mana-mana.

Klik untuk gambar besar



"Malah, peminat pun memang tahu saya sering menaiki LRT. Ada saya kongsikan video dalam Instagram peminat. Saya tak ada kemahuan nak beli kereta sebab tak tahu untuk apa atau mahu pergi ke mana.

"Perjalanan ke Perlis ambil masa sekurang-kurang lima jam untuk sampai. Saya dah biasa balik ke kampung naik kereta api. Saya seorang yang mudah. Misalnya, bagi saya naik kereta api lagi senang daripada penerbangan.

"Nak ke lapangan terbang dah makan masa, sampai di sana kena tunggu lagi, sudahnya sama saja. Tetap lima jam juga tempoh perjalanan yang ditempuh," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: