14 January 2022

ZARINA ANJOULIE 'BIDAS' TEGURAN NETIZEN SEDUT LEMAK 'HARAM'



Semua mengetahui mengenai pelakon sensasi, Zarina Anjoulie yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara. Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju turut terbuka berkongsi aktiviti harian dengan para pengikut media sosial terutamanya di akaun Instagram.

Terbaharu, Anju mendedahkan dirinya membuat rawatan sedut lemak (Liposuction) di sebuah klinik estetik swasta dan mengakui sangat teruja dengan rawatan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan ramai netizen. Ada yang menyambut baik dengan kejujuran Anju tetapi ada juga mendakwa perbuatan sedut lemak yang dilakukan itu adalah haram bagi seorang Muslim.

Tidak mendiamkan diri, ibu kepada seorang cahaya mata itu membalas kritikan netizen tersebut dengan mengatakan menonton video lucah sambil beronani juga adalah perbuatan haram. Biarpun orang ramai tidak dapat melihat jika seseorang melakukan hal itu, akan tetapi Allah SWT menyaksikannya.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: