14 January 2022

SAMA-SAMA POSITIF C0V1D - HARITH ZAZMAN RISAU ISTERI HAMIL 5 BULAN



Penyanyi Harith Zazman, 27, dan isterinya, Nuramalina Ghakashah, 29, yang bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi itu disahkan positif C0V1D sejak Selasa lalu.

Berita tersebut dimaklumkan penyanyi lagu 'Cute (Stop Lah So Being Cute)' dan 'Shut Up' ini yang turut memberitahu dia dan isteri yang sedang hamil lima bulan ini berada dalam keadaan baik dan menjalani kuarantin di kediaman mereka sehingga 20 Januari depan.

"Alhamdulillah sekarang ini kami berdua berada dalam keadaan baik-baik sahaja, cuma isteri alami sakit tekak, selesema dan batuk tapi sekarang keadaan beransur pulih. Semasa dimaklumkan positif itu kami terus buat pemeriksaan dan doktor maklumkan isteri serta kandungannya baik-baik sahaja dan boleh kuarantin di rumah.

"Kami tak mengalami simptom teruk cuma risau keadaan isteri yang sedang berbadan dua. Syukur ramai kenalan dan peminat yang bagi kata-kata semangat minta kami positif dan bertenang. Sebenarnya saya pun pelik tak tahu daripada mana dijangkiti virus ini... tak apa la, mungkin ada hikmah kami dapat luangkan masa bersama di rumah lebih lama," ujar penyanyi Harith Zazman.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Harith dan Nuramalina selamat disatukan sebagai suami isteri di Pejabat Agama Islam Hulu Selangor pada 28 Ogos tahun lalu. yang sedang hamil lima bulan Dalam perkembangan lain, Harith turut berkongsi berita gembira bakal menimang anak lelaki pada Mei depan.

"Kami bakal dapat baby boy! Sejujurnya kami tak kisah pun sama ada anak lelaki atau perempuan... tapi rezeki anak sulung baby boy, Alhamdulillah boleh ajak main futsal sekali nanti.

"Dah masuk trimester kedua ni isteri tak ada alahan yang teruk, hanya muntah-muntah sahaja. Cuma dia sekarang minat makanan bersambal, dia pernah minta lima jenis sambal, tapi hanya rasa sikit-sikit sahaja. Yang pelik selera makan saya pun bertambah selepas isteri mengandung, kami tengah berlumba tengok perut siapa paling besar," jelasnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: