10 January 2022

ALIFF AZIZ SEDIA BERDEPAN SIKAP IRI HATI YANG TIDAK SENANG LIHAT PENGHIJRAHANNYA



"Niat saya mencari rezeki demi keluarga. Lagipun, saya masuk pertandingan yang boleh buat orang luar ingat saya seorang penyanyi. Jadi, saya percaya ia juga perkara yang bagus untuk kerjaya. Apa yang mampu dilakukan hanyalah dengan memanjatkan doa baik-baik supaya sentiasa dilindungi.

"Minta dijauhkan daripada perkara membuatkan saya keluar dari landasan ketika mencari rezeki buat keluarga," luah peserta program realiti, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Aliff Aziz reda dengan apa sahaja yang bakal terjadi dan lebih selesa menyerahkan takdir hidup kepada Yang Maha Esa.

Kembali aktif dalam dunia persada seni selepas mendekatkan diri ke jalan agama, penyanyi dan pelakon berasal dari Singapura itu sudah bersedia berdepan sikap iri hati manusia yang tidak senang melihat penghijrahannya.

"Dalam perjalanan melakukan transisi ini, saya meletakkan seluruh kebergantungan ini kepada Allah. Doa sering dipanjatkan adalah, jika perkara itu mendatangkan kebaikan, maka dekatkan.

"Jika sebaliknya, maka jauhkan. Saya percaya, setiap apa yang berlaku semuanya adalah atas izin Allah. Dan, jika Allah tak izin, walau apapun yang cuba dilakukan termasuk menjatuhkan diri saya, pasti tidak akan terjadi," katanya yang dipetik sebagai berkata Berita Harian.

Klik untuk gambar besar



Mengenai reaksi ketika dirinya mahu melakukan penghijrahan, namun, dibukakan jalan kembali ke dunia hiburan, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Sayang Sayang' itu melihatnya dari sudut positif.

Pernah bergelut dengan kisah silam yang menyakitkan, Aliff mengakui, kehidupannya kini lebih tenang selepas mula mendekatkan diri kepada agama.

"Dahulu, saya mencari ketenangan dengan cara salah dan bergaul dengan orang yang salah. Tetapi, saya tidak salahkan mereka kerana apa yang berlaku atas pilihan saya sendiri.

"Doa saya semoga Allah kekalkan perjalanan saya dalam mencari keredaan-Nya serta mengurniakan kesihatan baik kepada keluarga saya. Saya juga mengharapkan semoga kekal istiqamah dalam mentaati segala perintah Allah dan tidak lalai dengan nikmat yang diberikan " pintanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: