27 January 2022

ANAK ALAMI 'DUPLEX KIDNEY' JALANI PEMBEDAHAN - ERYNNE ERYNNA MOHON DOA



"Dah 3 jam lebih awak dekat dalam. Mommy, daddy, nana, grandad and ggma is here waiting for you. See you soon my strong happy baby, Medinah 🤍," itulah tutur pelakon Erynne Erynna menerusi laman Instagram mengenai anak sulungnya, Medinah kini sedang menjalani pembedahan selepas mengalami 'Duplex Kidney'.

Kongsi Erynne, Medinah mengalami masalah kesihatan tersebut seawal usia empat bulan dan sudah lebih setahun menjalani pemeriksaan berkala di hospital. Sambil memanjatkan doa, pelakon drama 'Nasi Kerabu Untuk Che Abe' ini turut reda atas ujian yang diterima.

"Bismillahirrahmanirrahim. 'Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.' Salam semua, Erynne just nak share yang Medinah akan menjalani pembedahan esok pagi (hari ini). Pada yang tidak tahu atau tertanya tanya Medinah sakit apa sebenarnya.

"Hari ni (Semalam) Erynne nak kongsikan di sini yang Medinah mempunyai "Duplex Kidney" dan disebabkan itu dia kerap kene UTI (urinary tract infection) dan boleh merosakan buah pinggang dia, jadi selepas beberapa kali keluar masuk hospital dari umur 4 bulan, pergi checkup, appointments, tests dan akhirnya inilah jawapannya.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah. Sekarang kami hanya mampu berdoa, berserah, redha dan tawakal pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Segalanya. Erynne sekeluarga ingin minta tolong kalian untuk doa yang terbaik buat Medinah.

"Dan kami hargai sangat jasa baik kalian semua yang sentiasa mendoakan, berkonsi ilmu dan memberi kata kata semangat pada kami, syukur ya Allah. Erynne doakan segala yang terbaik buat semua.

"Ya Allah, lindungilah anak ku dan permudahkanlah segalanya. #medinahsjourney," tulis Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah sebelum ini.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: