27 January 2022

JENAZAH PIAN CECUPAK SELAMAT DISEMADIKAN 11 PAGI TADI



Jenazah pelawak dan pengacara, Allahyarham Pian Cecupak yang dimandi dan disolatkan di Surau At Taqwa, Taman Datuk Senu, Sentul itu telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, di sini, jam 11.10 pagi tadi.

Langit cerah mengiringi majlis pengebumian Allahyarham Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman yang meninggal dunia pada usia 52 tahun dipercayai akibat serangan jantung.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibunya di Taman Dato Senu, Sentul kira-kira pukul 8 malam, Rabu. Allahyarham meninggalkan dua orang anak perempuan iaitu Nuraina Fazrin, 25, dan Nurleena Fazrin yang berusia 22 tahun.

Pian sebelum ini berkahwin dengan Rashidah Muhammed Hussin namun berpisah pada tahun 2000. Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan terdekat serta pelawak Yassin Yahya hadir mengiringi perjalanan terakhir arwah Pian.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: