27 January 2022

FAZLEY: "SHAME ON YOU! HILANG RASA HORMAT" - ERNIE: "HATI-HATI BILA BERKATA, ADA KELUARGA"



"Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan? Sesetengah dari kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.

"Sebahagian dari kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata2 yang boleh merosakkan imej seseorang.

"Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata2 untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak2 muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?

"Kita orang timur, kita seharusnya kekal dengan rasa hormat dan matang di dalam semua keadaan tidak kira dengan sesiapa. Apatah lagi berhadapan dengan insan yang dihormati ramai, malahan mempunyai pelbagai lapisan pengikut.

Klik untuk gambar besar



"Shame on you! Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah2 semakin buat tabiat. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah di screen capture buruk padahnya," demikianlah tulis penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menerusi laman Instagram miliknya dimana dia mengulas mengenai kontroversi usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berhubung isu mengelar penyanyi terkenal Anuar Zain 'gay'.

Sementara itu, ciapan penyanyi Ernie Zakri di Twitter yang dimuat naik pada Rabu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Biarpun tidak menyebut sebarang nama pada hantaran terbabit, namun ada yang membuat pelbagai spekulasi dengan mengatakan status berkenaan ada kena nmengena dengan isu Vida yang kini sedang hangat diperkatakan.

"Hati hati bila berkata, kita sendiri ada keluarga. Usah berkata bukan bukan. Jaga anak anak sendiri dahulu," tulis Ernie yang merupakan anak saudara kepada Anuar Zain dan juga penyanyi Ziana Zain ini.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: